KHABAR duka terbaharu dari Hollywood, Mariah Carey berkongsi kepada media tentang ibu serta kakaknya yang meninggal dunia pada hujung minggu lalu.
“Hati saya hancur apabila saya kehilangan ibu pada penghujung minggu lalu. Apa yang lagi menyedihkan dan tragis, kakak saya juga meninggal dunia pada hari yang sama,” katanya kepada pemberita.
Teruskan MembacaPelantun lagu ‘My All’ itu bagaimanapun bersyukur kerana sempat meluangkan masa bersama ibunya, Patricia Carey sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhir.
“Saya rasa bersyukur kerana saya dapat meluangkan masa pada minggu akhir sebelum ibu meninggal dunia. Saya juga menghargai kasih sayang dan sokongan anda semua terhadap privasi saya dalam masa sukar ini,” katanya lagi.
Terdahulu, hubungan Mariah bersama ibunya tidak selalu indah. Namun mereka masih memiliki rasa hormat antara satu sama lain dan kekal berhubung.
Walau bagaimana pun hubungan Mariah sangat berbeza dengan kakaknya, Alison Carey.
Mariah menyatakan dalam buku memoirnya yang hubungan mereka tidak begitu baik dan adalah lebih selamat untuk dirinya untuk tidak berhubung dengan kakaknya secara emosi mahu pun fizikal.
Untuk rekod, Mariah carey merupakan anak bongsu kepada pasangan Alfred Roy Carey dan Patricia Carey.
Selain kakanya Alison, Mariah turut memiliki seorang abang bernama Morgan Carey. Ibu bapanya bercerai pada 1973 ketika dia berusia 3 tahun.
Baca juga: