Terkini

Konflik Palestin-Israel: Israel terus mengganas, 50 terbunuh dalam serangan kem pelarian Jabalya

Sekurang-kuranganya 50 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu zionis Israel ke atas kem pelarian terbesar, Jabalya di Semenanjung Gaza pada Selasa.

Dalam masa sama, ratusan lagi mangsa dilaporkan cedera dalam serangan yang memusnahkan penempatan yang sarat dengan pelarian Palestin.

Pengarah di sebuah hospital berdekatan iaitu Hospital Indonesia berkata, apa yang turut membimbangkan ialah jumlah korban akan terus meningkat.

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan serangan berkenaan dilancarkan dengan mendakwa, sasaran mereka ialah komander Hamas.

Tentera Israel mendakwa, mereka berjaya menawan Ibrahim Biari – pemimpin Hamas yang mengetuai serangan ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, kata jurucakap Leftenan Kolonel Richard Hecht.

Hamas, bagaimanapun, menafikan sekeras-sekerasnya dakwaan bahawa IDF telah menawan pemimpin pasukan pejuang itu, tegas jurucakapnya, Hazem Qassem.

Kem pelarian Jabalya terletak di utara Gaza – kawasan di mana Israel telah memaksa kesemua pelarian itu mengosongkannya demi keselamatan.

https://embed.astroawani.com/embed-news-keyword/keyword/perang%20palestin-israel/id/444157

Pelbagai

Scroll to Top