Terkini

APEC 2023: Kita akan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin suarakan isu Palestin – Anwar

“Kita akan bincangkan beberapa perkembangan dan kita akan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.”

Demikian respon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan menggunakan pentas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 untuk menyuarakan isu Palestin-Israel.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa perkembangan berkaitan krisis itu perlu dibincangkan terlebih dahulu.

“Kita akan bincangkan beberapa perkembangan dan akan kita jalankan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2023 (PIPOC 2023) di sini hari ini.

 Anwar berkata demikian semasa menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menggunakan pentas APEC 2023 untuk menyuarakan isu kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Semalam, Anwar mengesahkan beliau akan menghadiri APEC 2023 biarpun terdapat desakan supaya beliau tidak menghadiri persidangan terbabit.

Pelbagai

Scroll to Top