PETALING JAYA: Sebelum ini menurut penganalisis ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata bursa saham Malaysia diunjur menurun dengan lebih banyak susulan daripada kurangnya keyakinan pelabur asing seperti Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun prestasi suram bursa saham Malaysia kembali melonjak apabila Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi.
Teruskan Membaca“AS telah meletakkan Malaysia dalam kategori kedua dan bukannya kategori pertama dalam pembekal semikonduktor.
“Ia memberikan tanggapan, seolah-olah, peniaga dan pelabur di US tidak percaya dengan Malaysia sebagai rakan kongsi.
“Jadi, kita memerlukan sokongan daripada pelabur-pelabur asing dari negara timur (UAE) bagi menunjukkan bahawa Malaysia adalah rakan kongsi yang setia dan boleh dipercayai,” jelasnya ketika dihubungi.
Tambahnya, ia satu strategi terbaik Malaysia bagi mengukuhkan hubungan baik dengan negara timur tengah.
“Disebabkan kerjasama tersebut, kepercayaan yang dilihat melentur itu dapat dipulihkan semula, apabila melihat kedudukan yang dibuat oleh pelabur timur terhadap sektor semikonduktor Malaysia,” katanya yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) .
Sebelum ini, Anwar menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan UAE dalam pelbagai bidang, antaranya teknologi canggih.
Pertemuan bersama Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), yang diketuai Pengarah Urusan, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan.
Dipercayai, ADIA merupakan salah satu dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset melebihi US$1 trilion.
Seterusnya beliau ke London bagi pertemuan dengan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer dalam rangka lawatan selama lima hari.