Kempen ‘Wear Green For Palestine’ yang diuar-uarkan melalui media sosial untuk memakai pakaian hijau pada Rabulalu sebagai sokongan kepada rakyat Gaza menerima sambutan baik daripada orang ramai.
Orang ramai mengenakan pakaian berwarna hijau sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin di Gaza yang menerima serangan berterusan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu.
Teruskan MembacaDifahamkan usaha itu turut dijalankan di serata dunia melalui kempen ‘Wear Green For Palestine’.
Orang ramai yang mengikuti kempen itu digalakkan untuk memuat naik gambar mereka mengenakan pakaian berwarna hijau dengan kapsyen #weargreen atau #weargreenforpalestine.
Tinjauan di media sosial setakat ini mendapati kebanyakan rakyat Malaysia bersepakat menyertai kempen berkenaan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.
Baca juga: