AMK Seru Tekanan Dunia, Bantah Tahanan 16 Rakyat Malaysia Oleh Israel Dalam Misi Gaza

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) tampil menyuarakan sokongan penuh terhadap 16 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan rejim Zionis Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 untuk membawa bantuan dan solidariti buat rakyat Gaza.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi AMK pada Isnin malam, mereka menegaskan kesemua sukarelawan terbabit bukanlah penjenayah, sebaliknya individu berani yang membawa amanah rakyat Malaysia dalam mempertahankan hak serta kebebasan rakyat Palestin yang terus ditindas.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?