RATA-rata warganet menyifatkan kejohanan Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai penganjur yang paling teruk dalam temasya sukan tersebut.
Ia kerana terdapat banyak kontroversi yang terpalit dengan kejohanan tersebut bukan sahaja ketika ia berlangsung, malah sebelum dan juga selepas mana-mana acara kesukanan dijalankan.
Teruskan MembacaBerikut merupakan lima isu mengapa Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan salah satu penganjur Olimpik yang teruk:
1. Isu Vinesh Phogat
Atlet gusti dari India, Vinesh Phogat hilang kelayakan dalam pusingan akhir kategori 50 kilogram untuk merebut pingat emas acara tersebut kerana melebihi had berat badan yang sepatutnya.
Namun, berat badan Vinesh hanya melebihi 100 gram yang bersamaan dengan enam ulas buah limau Mandarin.
Ia menaikkan amarah orang ramai apabila amaun kecil tersebut boleh mempengaruhi keputusan hingga menghilangkan kelayakan Vinesh daripada memenangi pingat emas.
2. Traitlon di Sungai Seine
Atlet triatlon dari Belgium, Claire Michel menyatakan dirinya jatuh sakit selepas berenang di Sungai Seine dalam acara berkenaan.
Michels menyatakan dirinya mengalami mual, muntah-muntah dan cirit-birit selepas berenang di sungai tersebut.
Rata-rata orang awam menyalahkan penganjur dan tuan rumah yang tetap meneruskan acara tersebut di sungai yang tidak melepasi piawaian kebersihan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
3. Kontroversi pemain bola tampar Belanda
Kemunculan pemain bola tampar daripada Belanda, Steven van de Velde menaikkan amarah orang ramai apabila turut serta bermain dalam pasukan berkenaan buat Olimpik pada musim ini.
Ia kerana Van de Velde pernah disabitkan kesalahan memberi alkohol dan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun pada 2016.
Selepas menghabiskan 13 bulan daripada hukuman empat tahun penjaranya, dia dibebaskan namun rekod jenayahnya kekal sehingga kini.
Meskipun dia menyatakan rasa menyesal atas kesalahan jenayahnya sebelum ini, ia tidak menghentikan orang ramai yang kesal atas keputusan pengurusan sukan Belanda yang menerima Van de Velde sebagai wakil negara mereka dalam sukan berprestij tersebut.
4. Penglibatan Israel dalam Olimpik
Orang ramai turut menyatakan rasa berang mereka apabila Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membenarkan Israel turut serta dalam Olimpik.
Ini kerana Israel sudah sedia maklum diketahui melakukan genosid besar-besaran di bumi Palestin namun masih dibenarkan untuk bertanding.
Namun, Russia yang mempunyai konflik peperangan bersama Ukraine pula dilarang daripada bertanding dalam temasya sukan tersebut.
5. Diskriminasi terhadap Azizulhasni Awang
Berita mengenai jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang dibatalkan penyertaannya dalam pusingan pertama acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 sudah tentu mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.
Azizul atau dikenali dengan nama samaran The Pocket Rocketman hilang kelayakan akibat kesalahan memotong pacer.
Namun, insiden sama pernah berlaku pada Sukan Olimpik Rio 2016 semasa pusingan akhir acara keirin, berlaku dua ‘false start‘ membabitkan pelumba Great Britain, Jason Kenny serta Azizulhasni sendiri dan kali kedua membabitkan pelumba Jerman, Joachim Eilers.
Kesemuanya hanya diberi amaran tetapi dibenarkan beraksi semula di pusingan akhir hingga Azizul berjaya memenangi gangsa.
Ramai membuat spekulasi bahawa komisar tidak akan berani menyingkirkan pelumba Barat, namun apabila melibatkan pemain Asia seorang sahaja di Paris mereka tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkannya. — KL Viral
Baca juga: