HAIRAN betul dengan orang kaya yang buka syarikat tapi tak tahu nak jaga kebajikan pekerja sampaikan gaji pekerja pun culas bayar? Travel sana sini bukan main rancak kan?
Tular di aplikasi X daripada @cheajibsayang, luahan seorang bekas pekerja kepada pengacara terkenal, Datuk AC Mizal di sebuah syarikat penyiaran SUKE TV yang kecewa tidak menerima gaji dan caruman Kumpulan Wang Dan Simpanan (KWSP).
Teruskan MembacaPihaknya mendakwa, AC atau Mizal Zaini sama sahaja seperti usahawan selebriti yang lain tidak menghiraukan untuk membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pekerja.
“Aku tak tahu kenapa nama Shuib je naik sebab tak bayar PERKESO/KWSP.
“Just nak bagitahu Datuk AC Mizal pun sama.
“Aku ex staff dia dari company SUKE TV,” luahnya yang tidak mahu identitinya dikenali umum.
Yang buatkan ramai naik angin, bekas pekerja dari syarikat penyiaran ‘syok sendiri‘ itu mendakwa bahawa pihak berkuasa lansung tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun laporan telah dibuat.
“SUKE TV rancangan penyiaran tapi rancangan syok sendiri mostly.
“Dah pernah report dekat pejabat buruh, KWSP, tapi semua tak jalan, sebelum ni pernah nak viral tapi tak menjadi,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa gaji mereka untuk bulan sebelum ini masih tidak dibayar lagi hingga ke hari ini.
“Aku salah satu ex staff situ aku sampai tak tahu nak korek mana lagi dah duit, nak korek saving, saving pun dah habis sekarang ni gaji aku yang tertunggak dengan company ni gaji bulan 8 dan tak ada khabar berita pasal gaji and senyap jer sampai sekarang..,” kata @apiszidin.
“Channel AC Mizal tu memang paling sampah aku pernah tengok buat malu dengan pengalaman industri bertahun-tahun buat channel penuh dengan ala-ala infomercial je,” kata @humpaway.
Sekadar info, AC Mizal telah membuka stesen televisyen sendiri iaitu SUKE TV pada tahun 2022, dimana pelbagai program ada dibawah rangkaian tersebut. — KL Viral
Baca juga: