PEMAIN profesional negara, Lee Zii Jia pulang awal selepas apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka China sebentar tadi.
Pemain nombor tiga dunia itu dikejutkan oleh wakil Jepun, Koki Watanabe dalam pertarungan straight set 29 minit permainan pada kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.
Teruskan MembacaDalam aksi di Olympic Sports Center Gymnasium itu, Zii Jia mendahului 5-0 pada set pertama, sebelum Watanabe mengikat mata 14-14.
Watanabe yang menghuni ranking ke-14 dunia kemudian meneruskan momentum positif untuk menang 21-15.
Zii Jia cuba bangkit pada set kedua, namun cerita sebaliknya berlaku apabila Watanabe terus mendominasi permainan untuk mendahului 15-0.
Aksi tidak menjadi terus menghantui pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu apabila berulang kali melakukan kesilapan.
Watanabe memanfaatkan peluang tersebut untuk mengesahkan kemenangan 21-2.
Zii Jia nyata gagal menampilkan prestasi sebenar meskipun sudah berehat panjang selepas tidak menyertai beberapa kejohanan terdahulu, termasuk Terbuka Korea dan Terbuka Hong Kong.
Baca juga: