BARU-BARU ini, YouTuber popular Amerika Syarikat, iShowSpeed telah datang ke Kuala Lumpur bersempena dengan siri jelajahnya ke negara-negara di Asia Tenggara.
Ketika di Kuala Lumpur, YouTuber dan online streamer itu telah mencuba makan durian dan burger Ramly.
Teruskan MembacaiShowSpeed juga dilihat seperti terkejut dengan kesedapan burger tersebut dan dia turut memuji makanan negara ini.
Pemilik gerai burger itu kemudiannya baru-baru ini mendedahkan berapa jumlah wang yang dibayar oleh iShowSpeed untuk burger yang dimakan oleh YouTuber berusia 19 tahun itu.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh akaun TikTok syokgeng.
Dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, pemilik gerai burger tersebut mendedahkan bahawa iShowSpeed tidak membayar harga burger itu dengan mata wang Ringgit Malaysia ataupun dolar AS, sebaliknya dia membayar dengan menggunakan mata wang Riel Kemboja (KHR).
Menurut pemilik gerai tersebut lagi, iShowSpeed telah memberikannya tujuh keping duit Kemboja itu untuk harga burgernya.
Meskipun pemilik gerai burger itu tidak mendedahkan berapa jumlah wang yang diterimanya dari iShowSpeed itu, namun ada netizen yang menganggarkan bahawa dia membayar sekitar RM350 untuk burger tersebut.
Baca juga: