SEORANG lelaki warga asing tular menerusi satu video di media sosial yang bertindak memarahi seorang wanita tempatan di sekitar kawasan Kajang Utama baru-baru ini.
Menerusi video tular berdurasi 21 saat itu memaparkan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai telah melanggar seorang wanita dan tidak mengaku bersalah.
Teruskan MembacaNamun, berdasarkan video tular tersebut seorang lelaki warga tempatan difahamkan cuba untuk menenangkan keadaan apabila warga asing tersebut tidak memberikan kerjasama yang baik.
Dipercayai lelaki warga Pakistan tersebut tidak mempunyai lesen motor yang sah dan berani menunggang motosikal tanpa lesen serta tindakannya itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan sikap warga asing tersebut.
“Warga asing ni semuanya sama, belum tengok orang Pakistan yang duduk di Sabah. Lagi biadab,” kata Mimpi.
“Secara jujurnya, bangsa dari Asia Selatan dan Asia Tengah kalau dengan perempuan memang sangat kurang ajar. Nasib baik ada abang tu,” kata Aidil.
“Harap pihak berkuasa faham, kenapa ramai yang benci dengan Pakistan dan PATI yang lain. Mereka masuk negara ni tak ikut undang-undang Malaysia langsung lepastu nak sekolahkan kita balik,” kata Keshvin.
“Sebab tu jangan bagi muka sangat dekat warga asing ni, walaupun kesian nanti diaorang naik kepala lebih-lebih. Dekat KL (Kuala Lumpur) memang banyak dah geng-geng dia. Macam-macam perangai dibawanya,” kata Shafik.
Baca juga: