Oleh: Haikal Tajuddin
TIDAK disangka geng ‘penyondol’ hari ini lebih disambut baik untuk mengeluarkan kenyataan terhadap kes penceraian rumah tangga berbanding dengan pihak suami isteri yang terlibat.
Teruskan MembacaHal ini berkemungkinan kerana mereka yang menyambut pihak tersebut cuba mencari pandangan yang berbeza, malah dianggap mencipta publisiti dengan menggunakan orang ketiga sebagai konten utama.
Menerusi saluran ASTRO Gempak, individu yang dianggap ‘penyondol’ dalam rumah tangga personaliti terkenal media sosial, Cik Epal dan Jofliam telah dipanggil sebagai tetamu jemputan bagi membuat penjelasan.
Dewi yang merupakan orang ketiga dalam hubungan tersebut mengakui bahawa Jofliam tidak pernah berlaku curang, malah ditawarkan untuk menjadi isteri kedua oleh isterinya Cik Epal.
Namun begitu, ia menimbulkan tanggapan negatif terhadap siaran tersebut sehingga didakwa cuba mencari publisiti dengan konten yang mencetuskan provokasi.
“Rosak sudah podcast dekat Malaysia hari ini. Penyondol pun dijemput untuk siap cerita itu ini,” komen Amighul Deghaman.
“Demi mendapatkan tontonan yang ramai, biasalah itu,” balas Bani.
“Makin ramailah yang bangga jadi penyondol sebab nanti masuk dalam motif viral. Boleh naikkan nama juga kalau tidak jadi kahwin pun sekurang-kurangnya terkenal. Dah la memang sifat penyondol ‘seeking for attention’,” komen remorse.
Pada 9 Oktober lalu, personaliti terkenal media sosial, Cik Epal dan Jofliam dilaporkan berpisah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Pengesahan itu dibuat oleh Cik Epal sendiri menerusi laman Instagram miliknya.
Pada bulan lalu, Jofliam menerusi beberapa hantaran di Instagram Story turut mendedahkan rumah tangganya bersama Cik Epal sudah menemui titik noktah. — KL Viral
Baca juga: