Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq hari ini membawa penyanyi Malaysia iaitu Bella Astillah berjalan-jalan dalam kawasan bangunan parlimen Malaysia. Bella turut ditemani oleh putera lelakinya Ayden yang segak berpakaian kot berwarna silver.
Semasa lawatan tersebut, Syed Saddiq turut membuat live di Tiktok yang meraih lebih 60,000 tontonan. Dalam siaran langsung tersebut dapat dilihat ahli parlimen Muar itu menunjukkan kepada Bella atau “bakal kekasihnya” itu bilik tempat kerjanya di dalam bangunan parlimen.
Sejak kebelakangan ini, Syed Saddiq dan penyanyi itu sering dilihat bersama yang menguatkan lagi gosip mereka sedang hangat bercinta.