MALAYSIA melihat hubungan dengan China bukan sekadar hubungan dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia dan China di Kuala Lumpur pada Rabu berkata, menjadi kepentingan strategik untuk negara ini menjalin persahabat dan kerjasama dengan republic itu.
Teruskan MembacaMalah hubungan perdagangan teguh yang menyaksikan China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 15 tahun lalu telah menunjukkan kepentingan mendalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.
“Memandangkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) memangkin peningkatan kesalinghubungan dan kerjasama antarabangsa, inisiatif ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ memberikan rangsangan ekonomi yang luar biasa khususnya di wilayah Pantai Timur Malaysia.
“Kita juga berusaha sedaya upaya untuk melibatkan China secara diplomatik dan menyepadukannya ke dalam hal ehwal serantau kerana ia penting untuk masa depan kita bersama,” kata Perdana Menteri.
Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion).
Perdana Menteri China Li Qiang berada di Malaysia bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac tahun lalu.
Lawatan beliau juga adalah bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Kenyataan Bersama antara Tun Abdul Razak dan Chou En Lai pada 31 Mei 1974.
Baca juga: