Terkini

Rogol bergilir-gilir: Polis tahan abang ipar mangsa dan masih giat mengesan empat lagi suspek

Seorang lelaki yang diburu sejak minggu lalu bagi membantu siasatan kes rogol bergilir-gilir akhirnya diberkas polis di Wangsa Maju pada Sabtu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, lelaki terbabit yang juga abang ipar kepada mangsa ditahan pada jam 11.30 malam.

“Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

“Polis kini sedang giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Laporan azhar sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 27 tahun diperkosa lima lelaki di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur jam 3.30 pagi pada Rabu lalu.

Tangan mangsa kemudian diikat dan mulut mangsa dilekatkan dengan pita pelekat sebelum dirogol bergilir-gilir dan perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek.

Selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek melarikan diri. Mangsa cedera dan lebam pada tangan akibat kejadian itu.

Mangsa yang juga seorang pekerja swasta kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.

Pelbagai

Scroll to Top