Polis yakin dua suspek utama kes pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka di Sentul pada malam Jumaat lalu, masih berada dalam negara ini.
Individu ini disyaki terlibat dalam pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah rumah kedai di Jalan Perhentian Kovil Hilir, Sentul, Kuala Lumpur.
Teruskan MembacaKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya yakin bahawa dua suspek utama itu masih berada dalam negara.
“Setakat ini, dua individu yang juga suami isteri warga Sri Lanka masih ditahan reman bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal menunjukkan kejadian tidak berkait dengan isu di negara asal mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, polis menemui mayat ketiga-tiga mangsa di aras dua rumah kedai empat tingkat di Jalan Perhentian, Kampung Kovil, Sentul.
Polis menerima aduan orang awam yang mendengar jeritan dan bunyi bising, disyaki berlakunya pergaduhan.
Polis kemudian menemui tiga mayat dalam keadaan bertindan, dengan seorang daripadanya adalah pasangan suami isteri warga Sri Lanka yang direman tujuh hari untuk membantu siasatan.