Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyerahkan Notis Niat bagi Penggantungan Lesen kepada pemegang lesen stesen radio ERA FM susulan penyiaran satu video yang didakwa mempersendakan agama Hindu di platform TikTok.
Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan bahawa pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.
Teruskan Membaca“MCMC akan mengemukakan kertas siasatan kepada
Timbalan Pendakwa Raya berhubung satu video mempersendakan agama Hindu yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio ERA FM.
“Susulan kes tersebut, MCMC telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam. Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta. Rakaman percakapan pihak terlibat dibuat bagi membantu siasatan,” kata MCMC dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, tiga penyampai radio ERA FM – Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin – mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video yang didakwa mempersendakan upacara agama Hindu.
Mereka bertiga telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat, khususnya penganut agama Hindu, atas keterlanjuran mereka.
Susulan itu, pihak pengurusan Astro mengambil tindakan dengan merehatkan ketiga-tiga penyampai tersebut daripada tugas mereka sehingga diberitahu kelak.