Terkini

HKL cipta rekod, laksana 53 prosedur kolonoskopi, polipektomi dalam enam jam

Hospital Kuala Lumpur (HKL) muncul hospital pertama di negara ini yang melaksanakan sebanyak 53 prosedur kolonoskopi dan polipektomi dalam tempoh enam jam.

Hasil saringan itu mendapati sejumlah 70 peratus pesakit memiliki polip atau ketumbuhan yang berisiko kanser dalam usus dengan kesemuanya selamat menjalani pemotongan.

Perkembangan itu sekali gus mampu mengurangkan risiko kanser usus dalam kalangan pesakit di masa akan datang.

Ketua Unit Hepatologi dan Gastroenterologi HKL, Dr. Gew Lai Teck berkata, prosedur kolonoskopi dan polipektomi itu diteruskan lagi hari ini dengan melibatkan kira-kira 50 pesakit.

“Menerusi saringan ini, tiga peratus pesakit dikesan memiliki kanser tahap awal, 1 dan 2 dengan kebanyakan mereka akan berjaya dalam perubatan kanser nanti,” katanya dalam Program Kolonoskopi Kanser Kolorektal di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, HKL di sini hari ini.

HKL merupakan antara hospital di negara ini yang memiliki kepakaran dalam advanced luminal endoscopy dan boleh melakukan prosedur yang teknikal dan berkhusus.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, kanser usus merupakan kanser kedua tertinggi dalam kalangan lelaki di negara ini manakala ketiga bagi perempuan.

Beliau memberitahu, pengesanan awal adalah penting agar rawatan awal dapat dimulakan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top