Pendaftaran dan tuntutan kredit e-dompet (eMADANI) sebanyak RM100 telah dibuka mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.
Tawaran e-kredit itu boleh ditebus oleh warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas melalui empat aplikasi perkhidmatan e-dompet iaitu Touch N’ Go, Shopee, MAE oleh Maybank2u dan Setel Petronas.
Teruskan MembacaSekiranya memenuhi syarat, pengguna yang gagal boleh membuat rayuan untuk bantuan eMADANI kerana ia merupakan hak khalayak untuk mendapat bantuan yang sepatutnya.
Berikut merupakan cara-cara untuk membuat rayuan di setiap aplikasi e-dompet menerusi beberapa pilihan aplikasi:
Setel
Sekiranya permohonan gagal di aplikasi Setel, pengguna boleh menghantar emel kepada [email protected] dan memberi pertikaian kepada kegagalan permohonan tersebut.
Pengguna juga boleh melampirkan maklumat tambahan seperti dokumen sokongan sekiranya perlu.
Shopee
Jika pengguna gagal menebus e-kredit di aplikasi Shopee, mereka perlu menghubungi perkhidmatan pelanggan Shopee dan pilih “eMADANI Claimants” sebagai jenis pengguna.
Kemudian, mereka perlu memilih “eMADANI unable to claim” dan isi maklumat peribadi pemohon. Mereka juga perlu memberi lampiran tangkapan skrin sebagai gambar sokongan.
Touch N’ Go
Sekiranya permohonan eMADANI gagal di aplikasi Touch N’ Go, mereka perlu menggunakan bahagian permintaan sokongan yang tersedia dalam aplikasi tersebut.
Pemohon kemudian perlu memilih “eMADANI” dan “Claim Rejected” sebagai jenis sokongan. Mereka seterusnya perlu mengisi butiran diri yang lebih lanjut dan lampirkan tangkapan skrin sebagai bukti dokumen sokongan.
MAE
Jika pemohon gagal memohon e-kredit eMADANI di aplikasi MAE oleh Maybank2u, mereka perlu menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank Group di 1300-88-6688.
Mereka juga boleh menghantar emel keoada [email protected] dan menjelaskan isu mengenai rayuan mereka berserta dengan penolakan permohonan eMADANI mereka. — KL Viral
Baca juga: