Ingatkan Neelofa membuka niqab, tetapi rupa-rupanya isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail ini berkongsi fotonya dalam versi teknologi kecerdasan buatan atau AI tanpa mengenakan niqab.
Perkongsian selebriti Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34 tanpa mengenakan niqab dalam Instagramnya melepaskan kerinduan peminat untuk menatap wajah cantiknya.
Teruskan Membaca“Saya dalam versi AI,” tulis Neelofa.
Difahamkan, foto tersebut dikongsikan kepada umum sebagai bahan promosi koleksi keluaran baharu jenama tudung miliknya.
Dalam ruangan komen, ramai peminat melahirkan rasa rindu untuk menatap wajah pengacara yang juga usahawan jelita itu.
Untuk rekod, Neelofa mula mengenakan purdah sepenuhnya pada sekitar Oktober 2020.
Katanya, keputusan memakai niqab diambil selepas mendalami ilmu agama dan mengakui tindakan tersebut mampu membentuk keperibadiannya menjadi wanita Islam yang lebih baik.