Kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan rakan negara dialog semakin positif pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 didorong oleh pengenalan pelbagai program dan dana, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, selain isu serantau dan antarabangsa, persidangan kali ini turut memberi penekanan kepada kerjasama ekonomi di pelbagai sektor dan dibahas secara terbuka.
Teruskan Membaca“Umpamanya, negara China persiapkan dana untuk bantuan tambahan, Amerika Syarikat (AS) mewujudkan ASEAN-US Centre, Australia peruntuk dana untuk bidang dan India mengumumkan bantuan khas dalam beberapa bidang.
Dalam perkembangan berkaitan, susulan Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) ke-26 pada Rabu, negara-negara anggota ASEAN, bersama China, Jepun dan Korea Selatan, mengeluarkan kenyataan bersama yang memfokuskan kepada pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV).
Para pemimpin menghargai peranan penting yang dimainkan oleh China, Jepun, dan Korea Selatan dalam menyokong usaha ASEAN untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memajukan ekosistem kenderaan elektrik.
Sementara itu, pada sidang kemuncak yang baru sahaja berakhir, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan ASEAN mengumumkan hasrat mereka untuk menubuhkan, menerusi perkongsian awam-swasta, ASEAN-US Centre di Washington.
Pusat itu akan menginstitusikan dan memperdalamkan lagi hubungan antara AS dan ASEAN sambil memperkukuh sokongan untuk penglibatan ekonomi dan budaya AS dengan rantau ini.