SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri yang diraikan setahun sekali tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk berbelanja mewah sehingga lupa diri.
Sebaiknya, kawal perbelanjaan dengan bijak agar tidak membebankan di kemudian hari. Begitu juga dengan jumlah pemberian duit raya.
Teruskan MembacaBukan bermaksud perlu bersikap tangkai jering, namun pengiraan yang teratur juga dapat membantu dalam menyusun atur jumlah duit raya boleh digunakan untuk diberikan kepada ahli keluarga, sanak-saudara dan tetamu.
Oleh itu, KL Viral ingin kongsikan beberapa langkah yang boleh lakukan untuk mengawal perbelanjaan;
Tetapkan jumlah keseluruhan bajet duit raya yang mampu diberi
Mengikut peribahasa “ukur baju di badan sendiri” yang membawa maksud membuat suatu perkara mengikut kemampuan diri sendiri sebagai fokus utama anda dalam memberi duit raya.
Sekiranya bajet anda pada tahun ini tidak banyak, berilah mengikut kesesuaian dan kemampuan. Tidak usah memaksa diri dengan meletakkan bajet di luar kemampuan kerana sudah jelas ia akan menggagu kewangan diri untuk bula berikutnya.
Senaraikan kategori orang yang menjadi target untuk bagi duit raya
Jika anda mempunyai keluarga yang besar iaitu sanak saudara yang ramai, pastikan anda menyenaraikan setiap kategori orang yang menjadi target anda untuk memberi duit raya.
Jika bajet anda lebih besar, boleh juga ditambah mana-mana kategori yang sesuai seperti beri kepada datuk dan nenek atau sebagainya.
Segera tukar duit raya
Anda tidak sesekali digalakan menukar duit raya last minute, bagi mengelakkan pagi raya anda huru-hara. Hal ini kerana sesetengah bank akan menetapkan tarikh yang tertentu bagi pertukaran duit raya di setiap cawangan mereka.
Tukar duit raya dengan nilai lebih kecil untuk memudahkan proses pemberian duit raya.
Asingkan jumlah wang mengikut kategori sampul raya
Bila terlalu ramai orang yang anda ingin beri duit raya, semestinya anda sering keliru sampul yang mana satu hendak diberikan.
Kl Viral ingin mencadangkan kepada anda untuk mengasingkan jumlah wang mengikut warna atau corak sampul raya tersebut.
Biar sedikit tetapi ikhlas
Konsep duit raya sebenarnya adalah ihsan pemberi sama ada hendak beri banyak atau sedikit, ia terpulang kepada si pemberi.
Ditambah dengan kos sara hidup sekarang makin mencabar, anda perlu berifkir lebih jauh, rasional dan terbuka.
Ibu bapa diingatkan sentiasa mendidik anak-anak agar sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian dari orang agar tidak terlalu menjadi mata duitan. — KL Viral
Baca juga: