Proses bedah siasat 10 mangsa nahas pesawat persendirian ringan di Persiaran Elmina selesai dan kini memfokuskan kepada padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, urusan bedah siasat yang dijalankan oleh 30 pegawai patologi dan forensik selesai sepenuhnya di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) malam tadi.
Teruskan MembacaJelas beliau, sebanyak 300 sampel cebisan mayat dihantar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya bagi tujuan padanan DNA yang 30 peratus sudah diselesaikan setakat ini.
“Kita sudah mendapat satu padanan DNA yang disahkan sebagai penunggang p-hailing, Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, dan jenazah diserahkan kepada warisnya hari ini.
“Jabatan Kimia kini berusaha melengkapkan semua padanan DNA semua mangsa dan kita positif urusan akan selesai Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar di luar pekarangan Jabatan Forensik HTAR pagi ini.
Hussien memberitahu, selain padanan DNA, urusan pengecaman jenazah dibuat menggunakan rekod pergigian dan cap jari.
“Setakat ini polis berjaya mengenalpasti lapan cap jari mangsa. Kita menjangkakan satu lagi jenazah dapat dikenalpasti hari ini dan boleh diserahkan esok,” ujarnya.