Sepasang suami isteri diuji kejadian mistik apabila muncul segumpal rambut dalam laksa yang direbus untuk dijual.
Bagi memastikan ia bukan kesilapan ketika menyediakan bahan tersebut, mereka memasak laksa yang baharu kali kedua, namun kejadian sama turut menimpa.
Teruskan MembacaMenerusi TikToK Syed.fatin.jaeden.haifa, kedua-dua mereka kelihatan amat kecewa kerana dipercayai kejadian tersebut berlaku susulan hasad dengki pihak tertentu.
Kata Syed Muhammad Shah Hasif Syed, mereka bangun seawal pagi untuk membuat persiapan menjual laksa.
“Hari ni cadang niaga laksa sebab ramai rindu nak makan laksa kami. Kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mi laksa kejap ja sebab sebab solekkan isteri sambil tunggu laksa masak.
“Alih-alih ni jadinya. Dua kali rebus tetap sama, mimpi ke apa ni? Terima kasih kepada yang buat kami macam ni,” tulisnya pada kapsyen video.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang mencadangkan supaya pasangan tersebut membawa gumpalan rambut itu ke makmal bagi menjalani proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Bawa pergi makmal, buat ujian DNA,” cadang @Daisy_jasmine.