Terkini

Anthony Loke – Laporan nahas pesawat ragut 10 nyawa diketahui esok

Laporan pesawat terhempas di kawasan perumahan Elmina, Shah Alam baru-baru ini, boleh diakses selewatnya pagi esok, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, laporan itu akan dimuatnaikkan dalam laman web kementerian berkenaan untuk tatapan umum lebih awal daripada jangkaannya sebelum sambutan Hari Malaysia Sabtu ini.

“Ya, orang ramai boleh mula mengakses tragedi pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Bandar Elmina pada 17 Ogos lalu selewat-lewatnya jam 10 pagi esok iaitu dua hari lebih awal daripada jangkaan.

“Semua fakta kemalangan ada dalam laporan itu esok dan orang ramai boleh mengetahuinya berhubung punca kejadian,” katanya kepada pemberita.

Pesawat ringan yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor turut mengorbankan seorang anggota Exco Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Pelbagai

Scroll to Top