DATUK SERI ANWAR IBRAHIM malam tadi melahirkan rasa tersentuh hati ketika menghadiri Siri Syarahan Kehormat Madani mengenai Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di Seri Perdana di sini.
Anwar banyak berdampingan dengan ulama dunia |
Anwar yang juga Perdana Menteri melalui ucapannya berkata beliau amat terharu dengan kehadiran anak-anak Almarhum Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi iaitu Dr Muhammad Al-Qaradawi dan Abdurahman Al-Qaradawi yang sudi berkongsi mengenai biografi dan perjuangan Syeikh Yusof.
Teruskan Membaca“Ini merupakan satu program penting dan pada masa sama menyentuh perasaan saya. Saya rasa sangat terharu semasa dapat tahu Muhammad hubungi saya berhajat ingin serahkan karya besar Syeikh Yusuf sebagai tanda ingatan kepada saya.
“Saya dan rakan-rakan di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebenarnya dekat dengan Syeikh Yusuf, … menjiwai perjuangan yang membawa mesej Islam.
“Beliau membantu kita dengan keadaan kebangkitan Islam (ketika itu) dan kemaraan anak muda, serta memberi ingatan perlu berhikmah dan kesabaran (berdakwah),” katanya.
Anwar turut berkata Syeikh Yusuf pernah menulis surat pada tahun 2013, menyatakan sokongan terhadap terhadap perjuangan beliau dan rakan-rakan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dan mengambil alih Kerajaan Malaysia.
“Tiada apa yang boleh ditukarkan atau membayar sumbangan beliau bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada umat manusia. Kami amat mengingati beliau,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Pada majlis itu, Muhammad menyerahkan Ensiklopedia Himpunan-Himpunan Yang Lengkap Bagi Al-Imam Yusuf Al Qaradawi, yang antaranya menghimpunkan karya-karya Allahyarham dalam bidang akidah, feqah, ilmu agama, fatwa-fatwa, tasawuf, tafsir, hadis, sejarah, pemikiran dan khutbah.
Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Syeikh Yusuf Al-Qaradawi yang diketahui umum sangatrapat dengan Anwar meninggal dunia pada 26 September tahun lalu pada usia 96 tahun.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham menghasilkan lebih 120 buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, Kerajaan Malaysia pada 2009 telah menganugerahkan Syeikh Yusuf Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.