DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi sahabat dari CIDB, PDRM, Jabatan Tenaga Kerja, KKM, SWCorp serta jabatan dalaman DBKL telah menjalankan Operasi Bersepadu Tapak Bina bersama Agensi Sahabat di sekitar kawasan Seputeh pada Khamis.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, turut sama turun padang ke lokasi tapak tindakan bagi menjayakan lagi Operasi Bersepadu tersebut.
Teruskan MembacaMenerusi kenyataan oleh DBKL, pihak berkuasa telah mengeluarkan enam notis kompaun atas pelbagai kesalahan dan satu notis penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mendirikan struktur sementara (kabin) tanpa kebenaran, tiada perangkap kelodak, menjatuhkan tanah dari badan lori, mengalir lumpur ke dalam saluran longkang awam, angkut bahan tanpa permit DBKL (tanah dan papan).
Tapak bina diarahkan tutup ‘sealed‘ sehingga kerja-kerja pematuhan DBKL, CIDB dan KKM dilaksanakan. Operasi bersepadu tersebut, akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi tapak bina yang lain.
Baca juga: