Kurikulum baharu sekolah dilaksana mulai 2027, pendekatan lebih segar

Pendidikan karakter, literasi asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta kelas pembelajaran bersepadu merupakan pendekatan baharu yang akan diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Kurikulum Persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Kurikulum Persekolahan 2027 yang dibentuk berteraskan kurikulum berasaskan standard dan berorientasikan kompetensi itu bermatlamat melahirkan murid yang berpengetahuan dan kompeten serta mencapai keseimbangan yang optimum dalam memberikan pendidikan berkualiti.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?