Beberapa pimpinan parti Kerajaan Perpaduan mula tiba di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bagi mengikuti perkembangan keputusan enam pilihan raya negeri (PRN).
Antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki serta Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Teruskan MembacaSelain itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan (PH) belum kelihatan sejak pukul 7 petang ini.
Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dijadual hadir pada program malam ini.
Namun, kelibat kedua-kedua Pengerusi PH dan Pengerusi BN itu belum kelihatan setakat ini.