Sebanyak 5,953 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Hormat Undang-Undang (HUU) Polis Kuala Lumpur yang memasuki hari ketiga perlaksanaannya.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan halangan lalu lintas merekodkan jumlah saman paling tinggi dikeluarkan.
Teruskan Membaca“Sebanyak 4,637 saman halangan lalu lintas dikeluarkan diikuti kesalahan lain-lain (927 saman) dan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (203 saman).
“Kesalahan hingga disaman antaranya tiada lesen memandu bagi individu tempatan (106 saman), jalan semasa lampu isyarat merah (41 saman), ubah suai nombor pendaftaran (20 saman), berhenti di petak kuning (5 saman) dan tiada lesen memandu warga asing (empat saman),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seramai 40 pegawai serta 664 anggota trafik terbabit dalam 16 operasi dijalankan di sekitar ibu kota, semalam.