Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain memaklumkan Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, rumusan itu diperoleh selepas meneliti hasil bedah siasat dan juga berdasarkan usaha pencarian yang dilakukan di kawasan mayat dijumpai.
Teruskan MembacaTambah beliau, pasukan pencarian telah mencari di kawasan sama beberapa kali namun hanya ditemui pada lewat malam hari kedua operasi pencarian.
“Mengambil dari situ, kita boleh merumuskan bahawa mangsa tidak mati di tempat kejadian.
“Mangsa mungkin mati di tempat lain, diletakkan di situ. Kami juga mengambil beberapa petunjuk dari hasil bedah siasat.
“Saya merayu masyarakat setempat yang melihat atau (ada) sekecil mana maklumat untuk datang ke depan dalam merungkai jenayah ini,” katanya.
Tambah beliau, mangsa juga kemungkinan sudah 48 jam meninggal dunia ketika ditemui namun kematian bukan disebabkan lemas.
“Hasil daripada bedah siasat petang tadi mengesahkan bahawa apa yang diandaikan pada peringkat awal itu disahkan oleh hasil bedah siasat yang mana Ketua Polis Selangor cakap ada kesan jerut dan sebagainya.
“Operasi seterusnya adalah untuk mengesan suspek. Kemungkinan… kita tidak tahu siapa lagi buat masa ini, masih terlalu awal.
“Kita sedang merangka beberapa strategi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis malam.
Baca juga: