Terkini

Al Fatihah. Pelakon Ridzuan Hashim Telah Kembali Ke Rahmatullah. Ini Kata-Kata Dari Bekas Isteri

Kuala Lumpur – Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di H.ospital Kuala Lumpur pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri sebentar tadi.

Sekadar info, Mohd Ridzuan Hashim ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang mula mencipta nama sebagai peragawan terkenal menerusi pentas peragaan dan iklan komersil.

Beliau menempuh era kegemilangan pada awal 1990an dan wajah kacaknya sering menghiasi banyak filem dan drama TV dan pernah memenangi beberapa anugerah perfileman dan televisyen atas keberkesanan lakonannya.

Al Fatihah Buat Beliau

Bapa saudara saya meninggal dunia di H.ospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di h.ospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian, kata Kamarul Izham ketika dihubungi.

Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham Ridzuan turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Kredit : Astro/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pelbagai

Scroll to Top