Terkini

Papan iklan digital di Lebuhraya Persekutuan terbakar

SEBUAH papan iklan digital di tepi Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, Selangor, dilaporkan terbakar dipercayai berlaku pada 1.25 tengah hari.

Kejadian itu sempat dirakamkan oleh beberapa pengguna media sosial yang memaparkan papan elektronik itu berasap.

Berikutan kejadian, tiga pekerja cedera yang difahamkan sedang melakukan kerja penyelenggaraan di bahagian atas dan bawah papan iklan terbabit.

Kejadian itu juga mengakibatkan kesesakan di laluan menghala ke pusat bandaraya di lebuhraya itu kerana banyak kenderaan bergerak perlahan untuk melihat insiden terbabit.

Berita lanjut menyusul apabila pihak polis memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top