Terkini

Kerajaan lancar Pelan Induk Perindustrian Baru 2023

Kerajaan melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 (NIMP) yang bertempat di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

NIMP 2030 ialah kerangka dasar menyeluruh merangkumi misi, keutamaan dan pelan tindakan dalam transformasi sektor perkilangan Malaysia. Ia bakal meningkatkan kedudukan industri Malaysia di dalam rantaian nilai global. 

Ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada Rabu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, NIMP akan menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital.

“NIMP memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu,” katanya.

Menurut Anwar, transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul, tetapi akan meningkatkan keupayaan Malaysia. 

Pelbagai

Scroll to Top