Mengoperasikan kilang pembuatan kicap tanpa lesen dan tidak memenuhi spesifikasi kesihatan di kawasan kediaman berpenduduk.
Itulah hasil pemeriksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap sebuah premis yang terletak di Batu 5 Gombak, di sini, kerana disyaki ditukar guna menjadi kilang pembuatan kicap.
Teruskan MembacaDBKL dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati bekas menjemur kicap (tempayan) dibiarkan terbuka dan menjadi hurungan serangga kecil.
“Premis itu juga didapati tidak memasang sinki yang dilengkapi perangkap minyak dengan keadaan stor penyimpanan yang kotor.
“Pemilik telah dikenakan kompaun di bawah UUK 3(1) UUKPPM (WPKL) 2016 – Jabatan Keselamatan Alam Sekitar (JKAS) 107172 serta notis perintah penutupan premis dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.