Sempena sambutan Deepavali baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan Program KLDC 2023.
Bertempat di Flag Pole, Dataran Merdeka. Program tahunan ini berkonsepkan rumah terbuka sama seperti rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina.
Teruskan MembacaKesemua pengunjung yang hadir telah dipersembahkan dengan persembahan muzik, pelbagai makanan tradisi, dan persembahan kebudayaan seperti Tarian Bharatanatyam, Tarian Bollywood serta demonstrasi kesenian seperti Kolam, Henna, Beads dan pertunjukan seni mempertahankan diri masyarakat India iaitu Silambam.
Hadir bersama pada majlis ini ialah pengurusan tertinggi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Dalaman DBKL, ketua penggiat industri pelancongan dan wakil NGO.
Baca juga: