Terkini

Tiga pelacur warga asing antara enam ditahan dalam serbuan di Jalan Pudu

Tiga lelaki bersama tiga wanita warga asing ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis pelacuran di Jalan Pudu, Kuala Lumpur pada 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mereka yang ditahan adalah dua pelanggan lelaki, seorang ulat pelacur dan tiga wanita warga asing berusia 27 hingga 39 tahun.

“Turut dirampas tiga gulung tisu, tiga helai tuala, sebuah tiub Durex, dua buah buku catatan 555, sekotak tisu Magic, 12 keping kondom, tiga keping kad akses dan wang tunai RM820,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelaasnya, kesemua individu yang terlibat telah direman hari ini bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 372B/373 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top