Hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya program itu dilaksanakan semula bermula tahun hadapan.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, secara dasarnya, kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baharu, PLKN 3.0 selaras Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
Teruskan MembacaMenurutnya, pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran iaitu terdapat garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.
“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.
“Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun,” katanya pada Jumaat.
Mindef turut berharap agar penjelasan tersebut dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0.