Bekas anggota Inteam, Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Berita duka itu disahkan Presiden Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia), Razin Che Mud baru-baru ini.
Teruskan Membaca“Innalilllahi wainna ilaihi rojiun, sahabat kita yang mulia Mohd. Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan Inteam baru sahaja kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam tadi di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.
“Marilah sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan bersama para anbiya dan solehin di syurga,” katanya menerusi WhatsApp.
Arwah sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU hospital berkenaan akibat pneumonia.
Terdahulu, beliau dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk kronik dan cirit birit berpanjangan. Sebelum ditidurkan di icu, arwah sempat membuat perkongsian pada 5 November di akaun TikTok miliknya.
“SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang (anda) semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang.”
Baca juga: