Bahana cemburu, remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan sekampung

Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya di Rungkup, Bagan Datuk, dua minggu lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dalam bahasa Tamil dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin yang bertindak sebagai majistret namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?