Rakyat Selangor diseru untuk keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan kesesakan beratur panjang dan cuaca tidak mengizinkan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
“Saya seru semua rakyat Selangor ambil kesempatan menunaikan tanggungjawab mengundi lebih awal kerana nampaknya sudah ada yang turun beramai-ramai untuk mengundi, di samping saya bimbang cuaca tidak mengizinkan (pada sebelah petang nanti),” katanya.
Teruskan MembacaAmirudin yang juga calon DUN Sungai Tua berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi dengan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad di SJK (C) Selayang Baru bagi kerusi DUN Sungai Templer, pada kira-kira jam 8.45 pagi tadi.
Kehadiran Amirudin dan Masdiana turut disambut calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dun terbabit Anfaal Saari yang mengiringi pasangan terbabit yang mengundi di saluran lima.
Kermis Taman Templer menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Anfaal menentang salon Perikatan National Zaidy Abdul Talib dan calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Aida Nazeera Abdul Rahman.