Empat premis dipercayai menawarkan aktiviti seks dan pelacuran membabitkan wanita warga asing dari Vietnam, China dan Indonesia di sekitar ibu kota diarah tutup serta-merta.
Arahan penutupan dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976, susulan operasi dijalankan di sekitar Jalan Genting Klang, Prima Setapak, Danau Kota dan Desa Sri Hartamas.
Teruskan MembacaDBKL berkata, enam premis diserbu dalam operasi bermula malam Rabu dan berakhir awal pagi Khamis itu, dengan 34 wanita warga negara asing terdiri 18 warga Vietnam, sembilan warga China dan tujuh warga Indonesia disyaki sebagai pekerja dan pelayan seks ditahan.
“DBKL turut menahan lima orang lelaki dipercayai penjaga premis dan tujuh 7) pelanggan yang hadir ke premis pelacuran berkenaan semasa serbuan dijalankan bagi tujuan rekod dokumentasi.
“Empat premis dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan lima notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran atau lesen DBKL dikeluarkan,” katanya melalui kenyataan di Facebook.
DBKL turut membuat tindakan sita terhadap lima premis, dengan pelbagai barangan dan peralatan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk kamera litar tertutup (CCTV), monitor, modem, dekoder, kondom, tisu, router, televisyen, gel pelincir dan lain-lain dirampas.
“Barangan dan peralatan disita kemudian dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Taman Miharja untuk dokumentasi dan penyimpanan sementara, sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.
“DBKL akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan selepas ini di lokasi tumpuan lain sekitar ibu negara,” katanya.
Baca juga: