Terkini

10 lokasi pokok tumbang di KL, tiada kemalangan jiwa

Hujan lebat dan angin kencang  petang tadi mengakibatkan pokok tumbang di beberapa lokasi sekitar ibu negara. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengeluarkan senarai lokasi kejadian pokok tumbang.

Kawasan-kawasan tersebut ialah di  Jalan 2/61, Bukit Segambut;14, Jalan Bukit Maluri 9, Taman Bukit Maluri dan Jalan 1 Taman Kepong.

Di Jalan 19/62B, Bandar Menjalara di Jalan Udang Kapas, Taman Sri Segambut; Jalan 14/38C, Taman Sri Kepong; Jalan 2/62, Bandar Manjalara dan Taman Petaling Garden, Kepong Baru,  Taman Megah, Kepong dan Jalan Ismail Ghaney Off Jalan Kasipillay.

Menurut PGO, anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan.

Berikutan kejadian tersebut, banyak laluan di ibu negara dan laluan ke Shah, Alam mengalami kesesakan teruk.

Pelbagai

Scroll to Top