Mahkamah Rayuan hari ini mendengar rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terhadap sabitan dan hukuman berkaitan empat pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Rayuan itu didengar di hadapan panel tiga hakim.
Teruskan MembacaPada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas mendapati beliau bersalah atas pertuduhan tersebut.
Selain ahli keluarga, pelakon Bella Astillah turut hadir di Istana Kehakiman bagi memberi sokongan.
Bella, 31, yang mengenakan baju kurung, tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.40 pagi.
Berkata kepada media, Syed Saddiq menyerahkan nasibnya kepada Allah dan berdoa agar keadilan serta kebenaran dapat ditegakkan menerusi proses mahkamah.
Ujarnya sudah menunggu sekian lama untuk menuntut keadilan sejak mula disiasat pada tahun 2020.