Deretan gerai haram yang beroperasi di lorong Jalan Nyonya Off Jalan Changkat Thambi Dollah Bukit Bintang di sini telah dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu operasi pada Selasa.
DBKL memaklumkan, perobohan dilaksanakan selepas pemilik terbabit ingkar dengan notis pengosongan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan tersebut sebelum ini.
Teruskan Membaca“Penguatkuasaan diambil di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dengan kerjasama Air Selangor, TNB (Tenaga Nasional Berhad) serta kawalan keselamatan daripada pasukan polis serta penguat kuasa DBKL.
“Operasi bersepadu ini berjalan lancar dan akan diteruskan dari semasa ke semasa. Pemilik premis atau struktur yang telah diberikan notis pengosongan tapak sebelum ini diingatkan untuk mematuhi arahan atau tindakan meroboh akan dijalankan setelah tamat tarikh notis pengosongan,” menurut perkongsian di Facebook pada Selasa.