Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan ratusan pengguna lebuh raya berkenaan terkandas.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai banjir kilat di Kilometer 21.5 LDP pada 7 malam dan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong diarah ke lokasi kejadian.
Teruskan Membaca“Laporan awal mendapati berlaku banjir kilat setinggi dua kaki di lokasi berkenaan sehingga menenggelamkan pembahagi jalan, bagaimanapun ia telah mulai surut apabila anggota kami tiba di lokasi,” menurutnya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Sementara itu, beberapa rakaman video yang tular di laman sosial menunjukkan air memasuki pusat beli belah bersebelahan lebuh raya berkenaan setinggi kira-kira tiga inci.
Unit Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya mengeluarkan amaran tahap tiga atau bahaya di kawasan pusat beli belah itu pada 6.45 petang dan telah meminta semua agensi terlibat untuk melakukan persediaan bantuan.
Menerusi notis sama, semua pengguna jalan raya diminta mengelak daripada menggunakan laluan tersebut.- Bernama
Baca juga: