PEGAWAI dan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya telah menjayakan satu Program Advokasi Keselamatan Jalanraya bertempat di Lorong Motosikal Plaza Tol PJS 2 baru-baru ini.
Fokus utama program yang melibatkan penunggang P-Hailing adalah bagi meningkatkan kesedaran dikalangan penghantar makanan dan barangan mengenai keselamatan jalanraya.
Teruskan MembacaSecara tidak langsung, lebih peka mematuhi undang-undang lalulintas dan kesedaran serta tanggungjawab sebagai pengguna jalanraya bagi mengelakkan risiko kemalangan.
Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina, diketuai oleh DSP Mohd Ayob Abu mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua pengguna jalanraya khususnya dalam daerah Petaling Jaya.
“Pengguna jalanraya serta kepada penunggang P-Hailing perlulah lebih berhati-hati dalam tempoh perayaan ini serta peka dan mematuhi isyarat lalulintas dalam memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan semua,” katanya.
Baca juga: