Sebanyak 42 butang kecemasan atau ‘panic button’ disediakan di lapan taman awam utama di sekitar bandar raya Kuala Lumpur di sini.
Kemudahan peralatan itu adalah usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) Kuala Lumpur untuk meningkatkan tahap keselamatan warga kota ketika berada di taman awam sekitar ibu kota.
Teruskan MembacaPerkara itu dikongsi Jabatan Wilayah Persekutuan dalam satu hantaran di laman rasmi Facebooknya pada Jumaat.
Menurut perkongsian itu, sebanyak enam unit butang kecemasan ditempatkan masing-masing di Taman Tasik Titiwangsa, Taman Botani Perdana, Taman Tasik Permaisuri, Taman Tasik Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan Batu.
Difahamkan, butang kecemasan itu adalah peralatan keselamatan tambahan selain daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sedia ada di taman awam sekitar bandar raya ini.