Polis sedang mengesan seorang lelaki selepas dipercayai menampar seorang gadis di dalam sebuah kereta di Gombak, Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang tular dalam media sosial.
Teruskan MembacaDalam video berkenaan, antara ayat lelaki ini yang turut mencetuskan kemarahan netizen, “Sabarlah, I tak lempang you lagi,”. Dan kelihatan lelaki ini tidak mempedulikan mangsa yang meronta dan meraung.
Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu dan mangsa berusia 21 tahun mendakwa ditampar oleh bekas teman lelakinya yang berusia 22 tahun.
Ujarnya, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara mereka berdua dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.