Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Armada.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memaklumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat hari ini, dan prosiding akan bersambung esok untuk hujahan pihak pendakwaan.
Teruskan Membaca“Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari.
“Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Hakim Ahmad Zaidi.
Prosiding kemudiannya dimulakan dengan peguam, mewakili Syed Saddiq, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenberhubung kes itu.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan bahawa hujahan bagi kedua-dua pihak akan berjalan selama dua hari, iaitu pada 19 dan 20 Mac.
Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan
berkenaan bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Menerusi penghakiman setebal 22 muka surat, mahkamah menolak pembelaan Syed Saddiq.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.